Sabtu, 25 Disember 2010

Tq

Abg,
terima kasih atas segala-galanya yg telah abg curahkan selama kita bersama.
sesungguhnya semua ni amat ternilai tanpa kata-kata dan duit ringgit.
dengan adanya cinta dan kasih sayang abg dalam hati ni,
akan terasa stp saat abg bersama ku wpn pd zahirnya semuanya telah berakhir.

hidup ku???
biarlah ku tentukan bagaimana hendak ku bermula tanpa abg di sisi.
biarlah aku juga harungi apa yg aku nk buat nanti.
segala-galanya aku akan bt sendiri.
aku akan belajar hidup tanpa mu bukan utk seketika tp selama-lamanya.

mampu ke ku?
aku tak pasti mampu @ tak utk aku laluinya semua ni sorang diri.
kalau tak mampu juga aku terpaksa juga lakukan semua demi diriku sendiri tanpa abg.

abg,
aku mungkin sempurna yg abg cari tp aku hanya mampu memberikan cinta dan kasih sayang utk terus mekar kebahagiaan.

Khamis, 18 November 2010

Kata utk perpisahan

Salam...
Semlm 10zulhijjah, aku gaduh dgn abg. atas sedikit kesilapan yg kami masing2 tak sedar. aku @ dia masing jadi cpt je baran sejak kebelakangan ni. hanya linangan airmata ku sambut kata2nya. hanya itu yg ku mampu. knp sekrg begitu mudah abg ucapkan perkataan itu??? adakah abg tlh di kuasai dgn suatu benda yg sebelum ni pernah terjadi dah antara kita??? trlalu seksa diri aku mendengar ungkapan tu. sekrg kami tlh di pisahkan dan dlm mencari jln peyelesaian tp sampai bila harus aku begini tanpa 'KEKUATAN' ku yg di pisahkan ni??? kalo sehari dua mgkin aku mampu bertahan, tp jika seminggu, sebln, setgh tahun dan setahun, aku tak pasti mampukah aku kuat tanpa kekuatan ni????  ntah apa akan jadi padaku nanti.

Abg, andai aku yg bersalah, maafkan ku. mungkin aku masih belum terbaik utk membuatkan dirimu bahagia ku tp aku cukup bahagia hidup bersama mu wlaupn seketika. ia amat bermakna bagiku...



Titisan airmata yg menjadi peneman hidupkan setiap sesat yg terpkasa ku lalui tnpa kekuatan ni. apa harus aku lakukan???  berikanlah petunjuk pada diriku ini...


Rabu, 17 November 2010

Keadaan Tak Mengizinkan

Salam...

Keadaan ku yg bz sejak kebelakangan ni di samping dgn keadaan banjir yg melanda baru2 ni membataskan aku meluangkan masa mencoret di blog ni.

Cik Abg ku mcm tu gak asyik bz bz bz bz jeeeeeeeeeeeee kekdg cian aku kt dia. kuar seblum matahari kuar, lik masa matahari dah lama terbenam. tp nk bt cam na katanya keja masih byk. kalo dia tak bt sapa  lagi.

Selasa, 26 Oktober 2010

Banyak keja



Salam...

Abg ku mula turun ke bendang, menjadi pesawah pulak jadi seharian ke bendang la... aku mcm besalah akan terus menyokong stp kerja di buatnya dan aku buat tugasan aku dan kerja2 aku ni. tp cian gak kt abg ku ni sbb cuaca sekrg kan panas, kekdg nasihat gak abg ku rest jap sbb panas terik tp mcm besalah hanya boleh di katakan je. dgr ke tak, payah ckitlah abg aku ni...

Tapi mcm mana pun sharian di bendang, senyuman abgku tetap terukir. jadi bila dah abg aku bt keja terok sekurang-kurangnya aku cuba menjaga terbaik hubungan kami agar tak jadi selisih faham lagi. ku harapkan kami akan jadi terbaik.

Wassalam...



Jumaat, 22 Oktober 2010

Keja Oh Keja



Salam...
semenjak seminggu dua ni aku rasa sunyi. abang keja hari2 sampai tak ada masa dgn aku langsung. bila di tanya mcm biasalah jwbnya, bos harapkan dia. smpaikan hari jumaat cuti pun dkt aku dah xda masa. aku kekdg tnya jugak tp jwpan yg sama aku terima. aku cuma diam tak nak panjang2 tp hati aku juga terluka. berdarah tanpa kesan. itu yg aku rasakan... kekdg call pun payah nk jwab n kalo jawab tak sampai seminit ada saja bunyinya... mcm mana aku nk buat???


Jumaat, 15 Oktober 2010

Berdua denganmu...


Salam...
dah berapa hari aku xon9 sbb bz sikit dgn keja2 ku. abg pun bz. kuar pagi, pas isyak kekdg baru smpai rumah. bt cam na masing2 sibuk cari rezeki kan wpun kami masih berdua. alhamdulillah....

jumaat hari ni seblah pgi ni aku habiskan masa di rumah. ptg ckit dalam kul 4 baru aku dan abg kuar jejalan jap makan angin. duk di rumah bosan gak. pas dkt 2jam baru kami balik rumah... jadi aku habiskan masa aku kejap dgn login internet...

wassalam...

Isnin, 11 Oktober 2010

Masih tetap menyintai


Salam,...
Akhirnya badai yang melanda kami kembali keadaan asal. wpun terasa tp hatiku lembut juga bila ucapan maaf terungkap. mungkin hati wanita spt kerak nasi, lembut selepas kena air. tapi biarlah keadaan kami kembali sempurna semula sbb kekdg badai dtg tnpa di duga. hari ni kena harinya. 1 hari nanti aku pulak akan di landa badai. yg pasti cinta masih utuh dihati kami. moga2 Tuhan merahmati kasih sayang kami selamanya.
amin...........

Wassalam...

Rabu, 6 Oktober 2010

Luluh hati ku...



Berdeuntum bunyi hentakkan suara abg mlm ni di cuping telinga ku. dentuman tak behenti di situ je tapi menusuk masuk ke dalam hati ku. ntah apa silap aku, hentakkan suara dia membuatkan aku mengalirkan airmata dalam diam. terus dia tinggalkan aku dan seminit dua bunyi msg, dgn kata-kata dalam msg pulak menguris hatiku. semlm xcukup lagi abg menguriskan hatiku, sambung episod duka hari ni pulak dalam kehidupan aku dan dia. apa salah ku abg??? salah ke aku bertanya dan meluahkan apa yg aku rasa dlm hati??? kalau itu menjadi salah bagi abg, mana semua sikap abg yg dulu???

pas terjadi semua ni, aku di tinggalkan sepi.


Ahad, 3 Oktober 2010

Besday terlajak



Salam...
Ptg jumaat lepas, sempat jugak aku bt suprise utk cik abg ku. kali ni aku hadiahkan dia coklat perasa oren. first cuapan dia kt aku. sepatotnya aku yg kena cuapkan birthday boy tp ni terbalik plak heheheh pape pun saat bahagia bt kami. alang2 dah lalu kt menara aloq setaq, singgah tgk payung terjun jap tp gmbar tak ada la sbb lupa nak snap heheheh sempat tgk 4org penerjun. dgn cuaca ptg yg cerah maka ramai yg hadir bawa family dan anak-anak tgk payung terjun...

Wassalam...


Rabu, 29 September 2010

Tomyam


Salam

Beberapa malam lps kuar mkn. mak baru lega demam. aku plak teringin mkn tomyam jadi pekena koyteow tomyam aduhhh pedas tapi sedappppp... kami makan kt swiss land kt simpang kuala. mkanan2 dia mmg sdp. ada western food, thai food dan mcm2...

pas mkn je saja jln2 makan angin mlm tu plak cuaca elok jadi relax kt uptown stadium. kul 12 baru lik umah...

Wassalam...

Ahad, 26 September 2010

Baru lega demam

Salam...

Alhamdulillah akhirnya aku lega jugak demam. naik risau gak cik abg ku bila keadaan ku jap ok jap xok. tp berkat kesabaran, rajin makan ubat dan pantang dr minum ais, kurang jugak batuk ku ni. bila dah sihat mula terasa nk mkn mcm2. hari ni aku masak 'sup ayam' dengan 'ayam goreng rempah'. berselera jugak mkan
nasi tgh hari ni...

Wassalam...

Rabu, 22 September 2010

Makan Angin bersamamu...

Salam...

bz sikit kebelakangan ni tu tak sempat aku nk update blog. wpn bz kemarin sempat gak g makan angin dgn buah hati ku. dah abg tak keja, jadi kuar jln2 la dulu.awal2 g basuh keta sbb dah berdebu je... udah basuh keta, hujan plak turun. rahmat2 jadinya sbb panas2, hujan menitiskan kedinginannya. nama je makan angin tpi tak ke mana pun. ronda dlm bandar je hehehheh dalam kul 4ptg dah sampai umah. penatnya...


Ahad, 19 September 2010

Selamat Hari Lahir Abang...


Salam...
19 sept, hari lahir insan ku cintai. wp tak dpt sambut hari ni sbb abg outstation tp ia tetap akan kami sambut sehari dua lagi. tepat 00.00 semlm aku dah wish. aku akan jadi org pertama setiap tahun utk wish besday abg. tak kira apa cara dan mcm na cara sekali pun. biarlah selama2nya aku adalah org yg pertama.

Wassalam...

Sabtu, 18 September 2010

Penatnya...


Salam...
Aduhhhhhhhhhh penatnya aku hari ni. seharian aku ke hulu ke hilir. awal pagi tadi aku ziarah arwah paksu nasuha, adik kpd kwn abah ku. dia telah kembali ke rahmatullah semlm jam 2pagi atas penyakit jantung. arwah meninggalkan 2org anak yg baru berusia 2thn setgh & 3bln & seorg anak yatim, anak kak ipar dia yg arwah bela. sekrg anak yatim tu berumur lingkungan 5thn. betapa murninya jiwa arwah paksu. wpun dia hanya sekdr adik kpd kwn ayah ku tp aku hormati dia spt yg lain. seingat ku lagi masa aku masih meniti alam kedewasaan, bila raya je, dtg rumah aku mesti duit raya darinya takkan lupa dia hulurkan. wpn sekrg arwah dah tak ada, aku mendoakan dia di tempatkan di kalangan org yg beriman. amin...

Pas lik dari tu, aku segera selesaikan urusan hal keta plak. dalm kul 3 baru smpai umah... cuma dpt rest jap
& aku kuar plak ke kenduri rumah sepupu mak, anak dia kawin. tp maaflah tak da gmbar kenangan yg sempat ku snap di umah kenduri.

Maghrib baru smpai rumah.. aduhhhhhhh penatnya hanya Allah yg ketahui. mlm ni aku cuma pikirkan utk rest je sambil tgk tv dan layan abg ku sbb dia pun pulang lewat keja hari ni. jadi masing2 sibuk. esok plak cam na??? kan besday abg ku... wpn persiapan tlh ku siapkan tak tahulah cam na nk sambut sbb abg keja.

SELAMAT HARI LAHIR ABG 19 SEPT

Wassalam...

Jumaat, 17 September 2010

Mudah je ucapkan...

Salam...
Knp manusia mudah mengungkapkan kata2 perpisahan @ kata yg mudah menyakitkan hati? mereka tak fikir ke apa perasaan org kena ungkapan tu??? sesungguhnya perpisahan boleh terjadi bila2 masa dan ketika tanpa kita duga. mcm tu juga yang berlaku dalam hidupku. kekdg kesan juga bila org yg ungkapkan tu tak pernah pikirkan hati ku ini.




Hanya doa ini yang sering ku panjatkan dalam kehidupan ku... moga ia menjadi penawar dalam hati ku...

Wassalam...

Khamis, 16 September 2010

Ziarah

Salam...
Pagi jumaat ni aku dan abg melangkah menziarahi kubur arwah tok n maksu. wpun dah berapa hari raya baru ku berkesempatan menziarahinya krn keadaan ku baru pulih dari demam. abg ku setia menemani. tq abg....

Wassalam...

Malam yang sunyi...

Salam...
Malam ni ku rasakan satu malam yang sunyi. ntah knp perasaan ku tetiba rasa begini. nak kata aku tak ada keja, aku sentiasa ada kerja yg belum ku siapkan. duk di rumah ni, semuanya keja bagiku belom selesai tp ntah knp aku rasa begitu sesunyinya mlm ni. ku cuba isi masa terluang ku dgn lakukan apa yg patot tapi masih belum sempurna kesunyian ini. jadi diriku bt keputusan utk login je blog ni utk mengisi masa terluang ku. moga2 aku dpt coretkan apa yg terasa di hati ku.

Wassalam...

Rabu, 15 September 2010

Boleh ke aku DIET?


Salam...
Abg ku mula bersuara, suruh ku diet katanya takot aku penat. katanya semenjak demam, bila tgk aku batuk @ berjalan, aku cpt je rasa penat n mcm letih. ntah la tp mmg aku rasakan itu mungkin sbb batuk ku yg makin menjadi-jadi. dah bermacam ubat aku makan tp batuk tak da berkurangan pun. pagi tadi aku try belikan ubat batuk sebotol lagi. lepas aku makan, terasa kurangnya tp jap je pastu batuk lik.

Boleh ke aku diet???

Seingat aku ni boleh diet jap je pastu jadi terburai lik. sbbnya aku tak tahan lapar. tp bila ramadan, aku tahan berpuasa. alhamdulillah... abg ku plak tak abis2 bagi perangsang suh ku diet. katanya bukan tak bg makan tp kurangkan pengambilan makan masa mlm. kalau tak makan waktu malam, boleh kurangkan ckit hehheheh itu kata abg ku. walaupun aku mcm ni dia tak kisah tp katanya kalau berdiet pun tak salahkan. iyelah nanti akan ku usahakannya.


Aku ingat lagi, kata abg ku... cintanya pada ku bukan krn rupa paras ku tapi krn hati budi dan pekerti ku menghormatinya. itu adalah cinta dlm hati. tapi cinta paling hakiki cinta pada Allah swt.

Wassalam...

Selasa, 14 September 2010

Masih tak sihat

Salam...
Jap je rasa kita sambut syawal, dah masuk syawal ke6. tapi aku masih belum berpeluang ziarah kubur arwah tok dan mak nakan aku. abg tak izinkan aku pergi lagi sbb keadaan ku yg masih tak sihat. aku cuma menurut katanya. benarlah kata mak ku pun kalo badan tak sihat, tak elok ke tempat mcm tu takot jadi benda tak ingini plak.


Lagi 3hari nak ku sambut hari lahir insan kesygn ku. ntah la mcm mana nanti sbb tarikhnya jatuh pada hari ahad, hari bekerja. esok abg dah mula bekerja manakala aku plak hari ni pun dah sibuk dgn menghantar brg pesanan org. ada juga yg dah tepon dan sms bertanyakan aku meniaga @ tak lagi. jwbnya belum la sbb keadaan diriku pun masih belum sihat. tapi mujur semangat ku kuat krn abg ada bersamaku. dia yg byk menjaga ku, ambik berat akan diriku. kalau lambat je, pasti di tanya dah makan belum ubat sbb dia tahu aku kalo sibuk buat keja, ubat pun lupa makan. walau cam na pun, aku bahagia bersamamu yg bergelar kesayangan ku. moga abg takkan berubah dan akan terus menjadi terbaik dalam hidup ku dan kehidupan kami.

Wassalam...



Ahad, 12 September 2010

Kenapa tetiba jadi begini abg???


Salam...
Knp ttiba pagi ni abg seakan angin satu badan. puncanya??? aku juga tak tahu. bila menyapanya waktu pagi tdi, ttba katanya 'jgn tmbah lagi k', katanya itu sudah buat aku paham jadi aku diamkan saja. tp bila aku menyalah, abg seakan nk menambah lagi luka dihatiku. dia menambah lagi bara yg sedia ada, akhirnya gugur jua airmata ni. jadi aku ambik keputusan utk sendirian bila melihat dia juga seakan ingin sendirian. pikirku biarlah kami begini seketika supaya dia dpt berpikir apa salah ku padanya sehingga membuat dia angin. seingat aku, tiada salah pape pun tpi mungkin aku yg tak perasaan ttg salah ku.

Dia keluar, aku cuba finder tp hampa, asyik tak dpt je lokasi kt mana dia pergi. pikir ku mungkin dia g beraya dgn kwn2 jadi aku seharusnya faham. tp aku harap dia pun faham juga perasaan ku. benar kata org, tak selamanya pantai akan tenang. bila badai melanda maka bergelora lautan hingga membawa ke pantai yg tenang sebelumnya.

Sms ku kirimkan bertanya tpi tak da berjawab. sedu di hatiku dgn pembalasannya. tp aku tak leh paksa abg utk membalasnya kalau dia sendiri yg buat keputusan mcm tu. aku cuma blh berdiam dan sabar serta berdoa supaya keadaan ni akan pulih secpt mungkin. sampai ke saat aku coretkn blog ini, sms aku juga tidak d balasnya. 'abg, maafkan ku jika abg anggap aku yg bersalah dan membuat kekacauan dlm hidup abg'... doaku dalam hati moga abg juga dpt merasai betapa aku merisaukan dia...

Wassalam...

Sabtu, 11 September 2010

Raya dalam demam


Salam...
Kehadiran syawal kali ini menguji ku dgn tahap kesihatan yg kurang memuaskan... mula sakit kepala dan akhirnya demam. mengigil 1 badan. kena air ckit je pun dah mengigil. wpn mlm raya tu sempat lagi ku berniaga. pada awalnya keadaan ku tak teruk sgt tp mungkin dah berjemur embun, bdn pun mula seram sejuk. tgk org lalu lalang kt dpn, muka kpala berdenyut2 je rasanya... tapi ku gagahi niaga smpai kul 2,30pg dan akhirnya ku ngemas2 balik sbb masa tu keadaan jln raya dah kurang kereta.

Kehadiran syawal pertama ku sambut dgn seharian ku di tempat tdo krn keadaan ku yang kurang mengizinkan utk aku terus duduk. sesekali ku bgn gak melayan tetamu, mujuq tak ramai sgt tetamu yg hadir.

Raya kedua, ditemani abg aku ke klinik utk ambik ubat. kubur arwah tok dan maksu pun belum sempat ku ziarah. atas nasihat abg yg tak benarkan aku ziarah kubur dgn keadaan ku yg bdn lemah, takot nti jadi bukan2 plak. jadi ku ikutkan nasihat abg. nt dah sihat katanya, baru kita g ziarah.

Wassalam...

Ahad, 5 September 2010

Sibuknyaaa...



Salam... aduhh penatnya d bln ramadan al'mubarak ni... tp semua ni mengajar kita erti kesabaran kan??? wahhh mukadimah hari ni lain mcm je bunyikan. Mana tak bznya, byk urusan yang blom siap lagi. kekdg tu mmg penat tp kena bt gak dah keja dan janji dgn org.. waktu siang aku try gunakan masa yg ada utk siapkn keja2 kt umah ni sbb bila malam dah tak melekat di umah, ku kuar cari rezeki plak smpai ke awal pagi.

Cuma tinggal beberapa hari lagi nak sambut syawal, persiapan ala kadar. kemeriahan tahun ni kurang ku rasakan. entahla mungkin sibuk dgn urusan2 jadi membataskan fokus dalam persiapan raya la. nak kuar shoping baju raya pun belum sempat lagi wpun cik abg ku dah gtau kata nk kuar cari baje sehelai dua utk raya nanti. diri ku bz, dirinya jua bz. tp alhamdulillah thn ni masuk thn ke3 ku beraya dgnnya. perasaan mcm biasa je wpun ku kena pikir mcm2 bila berdua ni.

Ptg ni nk berbuka mkn apa ya???

Wassalam...


Jumaat, 3 September 2010

Bersawang Blog nieh

Salam... Aduhh dah bersawang blog ni. aku betol2 bz dgn bisnes, editing & brgan2 yg org oder yg perlu aku siapkan dpt dijanjikan. tp alhamdulillah semuanya beres dah, wpn ada ckit2 lum settle tp akan segera di usahakan secpt mungkin.

Persiapan raya plak thn ni rasa ala kadar je sbb bz dgn niaga jadi tak terasa sgt kemeriahan mcm tahun2 sebelum ni. kueh pun main beli ja. cuma nanti aku akan bt kek sendiri. kek coklat lembab menjadi pilihan aku krn semuanya sukakan kek ni termasuk cik abg aku la apa lagi. pas 9 hari beraya, aku akan sambut hari lahir abg plak. bertambah plak usia dia. cuma ku harapkan dgn pertambahan usia ni, dirimu akan lebih matang dalam membuat setiap keputusan & terus menyayangi ku spt mana ku menyayangi mu, insyaAllah.


Wassalam..

Isnin, 23 Ogos 2010

Jualan Bazar Ramadan





Salam... ni gmbr2 yang sempat 'snap' masa p bazar ramadan tadi. berselera tgk. sebenarnya hati nak 'snap' lagi byk gmbq juadah yang menjadi jualan peniaga bazar ramadan tp dgn keadaan org ramai & kesibukkan menjalankan perniagaan. kalo ikot nafsu hati n mata, semuanya nk beli & merasa stp kesedpan & keenakkan juadah tp tak blh, kena beringat & bersyukur dgn apa yg kita mampu je... betol tak?

Ptg ni g bazar ramadan tnpa d temani cik abg sbb dia outstation hari ni jadi kena pndai2 la g sendiri & beli apa yg patut utk juadah berbuka nanti. harapnya abg sukalah... dia pape pun mkn. sng cite, tak cerewet la tp kalo juadah tu sdp mmg habis la tp kalo sebaliknya, tinggalla separuh.

Syukurla dgn apa yg rezeki Tuhan berikan pada kita...

Wassalam...

Ahad, 22 Ogos 2010

Mencari rezeki...




Salam...
Setiap malam acara wajibku adalah kuar mencari rezeki dengan berniaga barang2 hasil buatan tangan ku sendiri. Org sibuk ke terawih, aku plak pas isyak, meniti mencari rezeki dengan berniaga. alhamdulillah wpun sale kekdg ok & kekdg kurang, maklumlah org belom gaji lagi sbb tgh2 bulan ni. pape pun kesbran tu penting dalam kita berniaga. ada masa naik, ada masa turun, itu pesan cik abg ku yg tak henti2 memberi semangat pada ku dalam xtvt berniaga ni. cik abg la yg byk membantu ku dalam menguruskan perniagaan. maklumlah dia tahu aku punya minat & ini adalah salah satu sumber duit poket ku. tq abg krn memahami...

Wassalam...

Bersama TIGER


Assalammualaikum...
Tgk tu manjanya si belang dgn aku heheheheh berkembar muka lagi ambik gmbar sbb si belang ni manja sgt-sgt heheheheheh inilah si belang antara yg paling jinak di dunia (rasanya lah kan???) jd jgn heranla kalo 1 hari nanti aku plak dpt gelaran 'penjinak si belang malaysia' aduhhhh terlalu besarnya gelaran tu bagi aku yg hanya seorg wanita...

 

Tak sampai sebln lagi nak sambut hari lahir insan tercinta dlm hidupku... kejap je rasa dah melangkah ke umur baru ye abg... rasanya mcm baru semlm je sambut hari lahir abg masa thn lps... thn ni dah menghampiri hari lahir abg. oleh itu aku dah plan awal2 tnpa pengetahuanya aku telah oderkan 'chocolate brownies cake', cake kegemaran kami berdua tp tak ketinggalan gak cupcakes tp rasanya itu akan ku bikin sendiri 'itu lebih afdalnya hasil buatanku sendiri utk insan tersayang kan?' bukan malas nk bt  'chocolate brownies cake' tp xcekap... setakat kek coklat lembab kukus tu blh la hihihihih

Wassalam...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nak berbuka apa ptg ni ya?

Nak masak apa ye ptg ni utk juadah berbuka??? ahhhh tak tau nk masak apa dah... terlintas di kepala sotong goreng tepung pun sedap macam masak sebelum posa lepas... tp bahan-bahan plak tak da aduhaiiii..


Kalau tomyam pun sedap gak, baru  pecah liur kan heheheh tak pa, ni baru plan je... jgn nanti dah p bazar ramadan, hilang abis semua plan dalam kepala ni heheheheh pape pun ingat waktu berbuka, syukur dgn apa yg kita dapat makan & ingatlah pada mereka2 yg kurang bernasib baik... amin...

Wassalam...

Catatan pertama..

Salam ramadan al-mubarak...
Syukur akhirnya catatan bisu tanpa suara ini dapat jua aku realisasikan pada blog ini... mesti tertanya knp aku namakan blog ini 'akucintadiaselamanya'? bagiku semuanya yg bersangkutan dgn aku, semuanya menjadi cinta aku selamanya termasuk cinta, kehidupan & lain-lain... aku harapkan dgn adanya blog ni, aku dpt kongsi cite bersama pengemar-pengemar blog lain... di sini ku lampirkan gambar pertama 'big bear' kesayangan ku hadiah pemberian cinta hati ku masa ulang tahun hari jadiku yg ke 24 lps... aku cuma penah nyatakan hasrat yg 'big bear' ni cute n comey tp tak sangka aku dapat 'big bear' ni sebagai peneman hidupku di kala si dia tiada di samping ku... 'terima kasih abg atas kasih sayangmu padaku'...

Oklah aku pun tak tau nak coretkan apa lagi, ada masa terluang nanti akan ku coretkan lagi ia d sini...
Wassalam...

TUJUAN KU BERBLOG

Blog ni bertujuan hanya mencoretkan kisah hidup yang di lalui ku. Bukan mahu menunjuk-nunjuk @ bermegah dengan kisah cinta dan kehidupan ku. Perlu difahami, hak kita dalam berblog selagi aku tidak melanggar @ mencoretkan benda yang bukan-bukan. Kerana diriku tahu akan batas-batasnya. Ku cuma sekadar ingin berkongsi cerita.

Daisypath Anniversary tickers

ANDA PELAWAT KE?